Sunday, January 26, 2020

Refreshing Pink Lemonade

Hari tu aku ada ternampak ada orang post pasal serbuk minuman pink lemonade...


Terus cari kat online.. tapi tak jumpa plak.. tengok kat IG boleh tahan jugak laa harga dia jual.. tapi aku tak nak kondem sebab maybe dia kira dengan upah dia pi beli dan postage. Tak nak laa mentioned berapa harga orang tu jual kat IG dia.

Tapi ada satu hari tu aku pi Jaya Grocer ada pink lemonade tu.. apa lagi beli laa satu.. harga dia RM 15.90.



Memang sedap pink lemonade ni.. rasa masam tapi refreshing.. kena plak minum masa cuaca hangat ni... Hilang dahaga.. pink lemonade ni dah campur gula.. so jangan pi tambah lagi.. kang kencing manis plak... 

Sedap pun sedap.. berbaloi dengan harga dia... Ssllllurrrppppp 😋😍

Saturday, January 25, 2020

Tol Penang Bridge makin murah... yeayyy

Bermula pada 1 Februari 2020, pihak pengurusan Jambatan Pulau Pinang akan mengurangkan kadar tol sebanyak 18%.

Bagi mereka yang membayar tol sebanyak RM 7.00 akan membayar cuma sebanyak 
RM 5.74.

Manakala bagi rakyat Pulau Pinang yang berdaftar dengan PLUS Dan sebelum ini membayar sebanyak RM 5.60, akan cuma perlu membayar sebanyak RM 4.60 (Yahooo dapat diskaun seringgit).

Tapi penurunan kadar tol ni cuma untuk Jambatan Pulau Pinang yang pertama. Untuk Jambatan kedua, Jambatan Sultan Abdul Halim, tiada pengumuman mengenainya. Tak pe lah memandangkan kadar tol untuk Jambatan kedua dah dapat diskaun awal Januari hari tu. 

Ok yang aku tulis ni untuk kereta, kalau lori ke, bas ke, motor ke... Sila Google sendiri ok.. bubye

Bila orang terlupa kita ni siapa

Semalam aku wish happy chinese new year kat ex student.. sekali dia balas, "thank you kak". Hrrmmm boleh pula aku jadi kak.
Memang laa aku bukan cikgu sekolah, aku cuma tutor cabuk je mengajar kat private academy yg kecil je pun. But aku ingatkan dia kenal laa aku sebab aku letak nama. 

Ex student ni antara yg rapat dengan aku masa aku mengajar kelas dia dulu. Pernah tengok wayang sama2 sampaikan dia ajak masuk larian pun aku join je.. minta tumpang kereta pun aku tak kisah.

Tapi tu laa bila dia balas thank you kak tu aku jadi macam terkilan jugak. Patutlah Amy (ketua bahagian student) dah bagitau jangan terlalu rapat dengan student.

Student zaman laa ni lain tak macam zaman aku dulu. Tujuan depa rapat dengan cikgu hanya untuk dapat markah tinggi. Tak pa lah aku dah selesai tanggungjawab ajaq depa. Depa pun dah nak grad. Kalau student failed aku jugak yg kena jawab padahal terang2 salah student tak study.

Ok aku akan lupakan hal ni dengan anggapan EX STUDENT TU NYANYUK.

Friday, January 24, 2020

Happy Chinese New Year

Hi. Aku baru nak start buat blog. Dulu ada tapi dah lama sangat tinggal so aku decide buat je laa yg baru. 

So, dengan harapan aku dapat istiqomah buat post selalu hehe.
Sempena Hari Raya Cina ni, aku post sekali pantun raya.

Hari ini Gong Xi Fa Cai,
Lu boh lui was boh lai 😜😅

Ok was mau pi makan limau.. bubye